Pada tahun 1953, En. Chow Fook Lin dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah menggantikan tempat En. Tan Boon Teng. Pada tahun yang sama, En. Ong Siew Ping telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini. Semenjak En. Ong menjawat jawatan sebagai Guru Besar, pentadbirannya terus maju. Pada tahun 1956, bilangan murid meningkat ke 200 orang.
Pada tahun 1956, oleh kerana bilangan murid kian bertambah, 2 buah bilik darjah yang disewa itu tidak memuatkan murid-murid yang begitu ramai. Lembaga Pengurus Sekolah merancang untuk mendirikan sebuah bangunan baru. Mereka merayu kepada orang ramai untuk menderma wang kepada tabung bangunan baru sekolah supaya dapat rancangan ini ditunaikan lebih awal lagi. Akhirnya, wang derma yang diterima berjumlah RM29,000.00.
Pada tahun 1957, sebuah bangunan baru yang mempunyai 8 buah bilik darjah baru untuk meneruskan pelajaran mereka. Pada tahun 1959, sekolah ini menubuhkan sebuah cawangan di Simpang Tiga yang jauhnya 1 batu dari ibu sekolah ini. Sekolah cawangan ini bermula dengan 2 buah kelas, dan pada tahun 1963, sekolah cawangan ini telah bertambah ke 4 buah kelas dengan murid-murid seramai 140 orang.
Pada tahun 1968, sekolah cawangan ini berpisah dari ibu sekolahnya dan menjadi sebuah sekolah sendirinya. Oleh sebab perpisahan sekolah cawangan dari ibu sekolahnya, maka bilangan murid sekolah ini berkurangan dengan derasnya meninggalkan hanya kira-kira 200 orang murid.
Sejak tahun 1968 hingga tahun 1976, sekolah ini tidak ada apa-apa perubahan yang penting. Bilangan kelas telah dikurangkan dari 6 buah ke 4 buah, dimana 2 buah kelas bercantum.
Pada 25.8.1976, En. Ong Siew Ping bersara sebagai Guru Besar dan En. Wong Beng telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Perak untuk menggantikan tempatnya. Di bawah pentadbiran En. Wong Beng, Keputusan murid-murid bertambah maju dan pembinaan sekolah bertambah baik.
Pada akhit tahun 1979, En. Wong Beng ditukar ke SRJK(C) Pei Yuan, Kampar. En. Wong Wan Cheong dilantik menjadi Guru Besar sehingga tahun 1990 kerana bersara wajib. Pada tahun yang sama, En. Tan Siak Seng PJK (Guru Kanan sekolah asal) telah dilantik untuk menjalankan tugas selama setahun dan kemudian En. Cheah Sek Choon telah dilantik menjadi Guru Besar sekolah ini pada pertengahan tahun 1991. Di bawah pentadbiran En. Tan Siak Seng dan En. Cheah Sek Choon, sekolah ini terus maju dengan pesat dan mencapai kejayaan pada satu tahap yang bermutu dan cemerlang, baik di bidang perkakasan (software)mahupun dalam bidang kenbendaan(hardware).
Pada tahun 1993, sebanyak RM16,000.00 sebagai peruntukan bantuan modal telah diluluskan bagi sekolah ini untuk membina sebuah kantin, mengecat bangunan dan pejabat. Projek ini telah siap disempurnakan pada akhir tahun yang sama. Pada tahun 1995 pula sebanyak RM14,000.00 peruntukan bantuan modal telah diluluskan bagi sekolah ini untuk perlaksanaan projek penyelenggaraan bangunan dan pembelian kelengkapan-kelengkapan pejabat sekolah. Pada tahun 1996, sekolah ini dapat lagi peruntukan bantuan modal sebanyak RM32,000.00 untuk memperbaiki bangunan sekolah.
Pada tahun 1997, En. Cheah Sek Choon telah dinaikkan pangkat dan ditempatkan di SJK(c) Phooi Yong, Teluk Intan sebagai Guru Besar (memangku Gred DG 4) dan en. Wong Kum Foo, Penolong Kanan 1 dari SJK(c) San Min 2, Teluk Intan telah dilantik untuk mengambil alih tempat kosongnya mulai 1.4.1997.
Pada 3.5.1999, sekolah ini mendapat kerani yang pertama, iaitu Pn. Noor Jahan Bt Noor Mohammad.
Di bawah pentadbiran En. Wong Kum Foo, Prestasi murid terus meningkat. Peratus kelulusan UPSR mencatat 100% dalam semua mata pelajaran pada tahun 2002.
Pada tahun 2004, satu kebakaran telah berlaku di kampong selekoh. Seorang murid dari tahun 5, seorang murid dari tahun 6 dan serang bekas murid sekolah ini telah terkorban dalam kebakaran itu. En. Wong Kum Foo bertungkus-lumus untuk mendapatkan kutipan bagi membantu mangsa kebakaran dari Persatuan Buddha, St. John Ambulance, MCA dan pertubuhan sukarela.
Pada tahun 2005, Datuk Kelvin Tan Aik Pen, bekas murid sekolah ini telah mnyumbangkan RM20,000.00 untuk projek memperbaiki longkang sekitar sekolah dan pemasangan wayar sekitar sekolah.
Pada 15.12.2005, En. Wong Kum Foo telah dinaikkan pangkat dan ditempatkan ke SJK (c) Hua Lian 2, Pulau Pangkor. Pn. Teh Geok Eng, penolong kanan 1 dari SJKC Keow Min, Hutang Melintang telah dilantik mengambil tempat kosongnya mulai 16.12.2005. Beliau merupakan Guru Besar wanita yang pertama dalam sejarah sekolah ini.
Pada tahun 2006, projek menaik taraf padang sekolah dan projek mengecat semula bangunan sekolah dengan peruntukan dari PIBG telah dijalankan.
Pada tahun 2008, oleh kerana bilang guru bertambah dari 7 orang ke 11 orang, ruang bilik guru tidak dapat memuatkan bilangan guru yang bertambah tersebut. Maka, pada bulan Mei 2008, Projek memperluaskan bilik guru telah dirancang dan dimulaikan dengan bantuan lembaga pengurus sekolah dan PIBG.
Pada tahun 2009, sekolah telah memperolehi perumtukan sebanyak RM70000 untuk memperbaiki bahagian lelangit bilik darjar tahun satu yang telah diserang oleh anai-anai dan runtuh. Kerja memperbaiki lelangit mengambil masa selama satu minggu.
Pada tahun yang sama, sekolah ini mendapat peruntukan sebanyak RM20000 untuk pembinaan tandas baru murid. Kerja pembinaan tandas murid ini disempurnakan pada bulan November dan mula digunakan pada tahun yang sama. Pengunjungkan Dr. Ir Wee Kah Siong pada 15.1.2010 untuk pemantauan kerja pembinaan tandas ini.
Pada tahun 2010, sekolah ini memperolehi derma sebanyak RM5000 daripada YB Shaarani (wakil perlimen Bahagian Bagan Datoh). Dermaan ini telah digunakan untuk membeli meja dan kerusi baru untuk murid-murid. Meja dan kerusi baru ini mula digunakan pada sesi pembukaan sekolah 2011.
Pada tahun yang sama, sekolah ini mendapat peruntukan sebanyak RM20000 untuk pembinaan tandas baru murid. Kerja pembinaan tandas murid ini disempurnakan pada bulan November dan mula digunakan pada tahun yang sama. Pengunjungkan Dr. Ir Wee Kah Siong pada 15.1.2010 untuk pemantauan kerja pembinaan tandas ini.
Pada tahun 2010, sekolah ini memperolehi derma sebanyak RM5000 daripada YB Shaarani (wakil perlimen Bahagian Bagan Datoh). Dermaan ini telah digunakan untuk membeli meja dan kerusi baru untuk murid-murid. Meja dan kerusi baru ini mula digunakan pada sesi pembukaan sekolah 2011.
No comments:
Post a Comment