Monday, January 2, 2012

SEJARAH SEKOLAH 校园简史

1932
  • Sekolah ditubuhkan dengan menyewa 2 buah kedai sebagai bilik darjah sementara. 
  • Mempunyai murid seramai kira-kira 45 orang dan 2 orang guru.
1942
  • Sekolah ini terpaksa berhenti kerana Jepun menakluk negara kita.
1945
  • Jepun menyerah diri, sekolah ini dibuka semula dan murid kira-kira 100 orang dan gurunya 4 orang.
1953
  • En. Chow Fook Lin dipilih sebagai Pengerusi Lembaga.
  • En. Ong Siew Ping telah dilantik sebagai Guru Besar pertama sekolah ini.
1956
  • Bilangan murid meningkat ke 200 orang.
  • Kutipan derma berjumlah RM29,000.00 untuk membina bangunan baru.
1957
  • Sebuah bangunan baru yang mempunyai 8 buah bilik darjah baru untuk meneruskan pelajaran mereka. 
1959
  • Sekolah ini menubuhkan sebuah cawangan di Simpan Tiga dengan 2 buah kelas.
1963
  • Sekolah cawangan ini telah bertambah ke 4 buah kelas dengan murid-murid seramai 140 orang. 
1968
  • Sekolah cawangan ini berpisah dari ibu sekolahnya dan menjadi sebuah sekolah sendirinya.  
25.8.1976
  • En. Ong Siew Ping bersara.
  • En. Wong Beng telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Perak untuk menggantikan tempatnya. 
Akhir Tahun 1979
  • En. Wong Beng ditukar ke SRJK (C) Pei Yuan, Kampar.
  • En. Wong Wan Cheong dilantik menjadi Guru Besar sehingga tahun 1990 kerana bersara wajib.
1991
  • En. Cheah Sek Choon telah dilantik menjadi Guru Besar.  
1.4.1997
  • En.Wong Kum Foo telah dilantik menjadi Guru Besar.
3.5.1999
  • Sekolah ini mendapat kerani yang pertama, iaitu Pn. Noor Jahan Bt Noor Mohammad.
15.12.2005
  • En. Wong Kum Foo telah dinaikkan pangkat dan ditempatkan ke SJK (C) Hua Lian 2, Pulau Pangkor. 
16.12.2005
  • Guru Besar wanita yang pertama, Pn. Teh Geok Eng mula bertugas di sekolah ini.
2006
  • Projek naik taraf padang sekolah dan projek mengecat semula bangunan sekolah dengan peruntukan dari PIBG telah dijalankan.
Mei 2008
  • Projek memperluaskan bilik guru telah dirancang dan dimulakan dengan bantuan lembaga pengurus sekolah dan PIBG. 
9.6.2009
  • Sekolah memperolehi peruntukan sebanyak RM20,000 untuk pembinaan tandas murid. 
Sept 2009
  • Lawatan ADUN, Bahagian Bagan Datoh, En. Sharahni melawat ke sekolah dan menderma sebanyak RM5,000 untuk sekolah. 
3.9.2009
  • Projek pembinaan tandas telah selesai.
Nov 2009
  • Projek keceriaan sekolah, iaitu melukis mural telah dijalankan. Projek ini melibatkan semua guru dan murid-murid. Bangunan sekolah kelihatan ceria. 
Akhir Nov 2009

  • Bilik darjah Tahun 1 diserang anai-anai. Syiling kelas Tahun 1 telah runtuh.
26.12.2009
  • Projek pembaiki syiling telah dijalankan. Projek itu mengambil masa sebanyak 1 minggu.
15.1.2010
  • Lawatan Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong ke sekolah untuk memantau pembinaan tandas baru
16.9.2010
  • Pertukaran Pembantu Tadbir Pn. Noor Jahan bt Noor Mohammad ke SK Hutan Melintang, dan digantikan oleh Pn. Muhaini binti Kaseh.
Julai 2011
  • Sekolah dapat peruntukan daripada YB Dato' Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid bin Hj. Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kawasan Bagan Datoh untuk tujuan Projek naik taraf bilik darjah Tahun 1 hingga 6, mengganti bumbung dan mengecat semula bangunan sekolah.
16.11.2011
  • Pn. Teh Geok Eng selaku Guru Besar sekolah ini telah ditukarkan ke SJK (C) Chung Hwa, Teluk Intan.
  • Pn. Beh Ian Kheng Penolong Kanan 1 dari SJK (C) Yeong Seng, 36400 Hutan Melintang telah ditukarkan ke sekolah ini sebagai Guru Besar.


Sharing is caring

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sjkchwananselekoh.blogspot.com